Tinjauan berkenaan aktiviti pengorekan pasir batu sepanjang sungai Pagalan

KENINGAU - Ketua Bahagian STAR N.40 BINGKOR,En.Robert Tawik mewakili YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan ( wakil rakyat Bingkor ),bersama Pegawai-Pegawai Dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) keningau,serta dari Pejabat Tanah & Ukur Keningau,membuat tinjauan berkenaan aktiviti pengorekan Pasir batu di sepanjang sungai Pagalan,bermula dari Trans pagalan 1,hingga ke kawasan kuari di Mapua & Bomboi.

Tinjauan ini dibuat berikutan aduan yang diterima oleh pihak yang berkaitan & sekiranya berlaku pengorekan serta pengambilan pasir batu dari sungai pagalan secara tidak sah,maka tindakan undang-undang akan dikenakan tanpa kompromi.

Dalam tinjauan ini,kami mendapati bahawa skim pengairan trans pagalan 1 tidak dapat berfungsi kerana empangan yang dibina tidak cukup tinggi untuk mengalirkan air ke sistem pam.

Kerja-kerja naiktaraf sedang dalam pembinaan iaitu pemasangan Gabion dan diharap agar langkah ini dapat mengatasi masalah kekurangan air untuk pengairan sawah padi di kawasan yang terlibat.

Dan untuk makluman kita semua,YB Datuk Dr. Jeffrey telah beberapa kali membawa isu-isu yang berkaitan ini ke sidang DUN SABAH dan mendapat maklumbalas dari pihak kerajaan.

Sumber : https://www.facebook.com/eyei.sabah/posts/260069371117218
Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


TEMPATAN

[Tempatan][threecolumns]

ISU SEMASA

[Isu Semasa][bleft]

INSPIRASI

[Inspirasi][grids]

grids

MAIN TITLE

MAIN TITLE

MAIN TITLE