Memang ada ura-ura PRN akan diadakan lebih awal


KOTA BELUD: “Memang ada ura-ura Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan lebih awal di negeri ini.” Demikian ungkapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika ditemui media sempena Majlis Penyerahan Jentera dan Peralatan bagi Perkhidmatan Pengurusan Pengurusan dan Pembersihan Sisa Pepejal di Pulau Mantanani, di sini, hari ini.
 
Abdul Rahman turut menyatakan terdapat juga beberapa pihak yang mencadangkan untuk mengadakan PRN lebih awal di negeri ini. “Pada saya awal atau tidak ia tidak ada masalah kerana agenda kita tidak akan berubah,”katanya. Tambah beliau, keputusan untuk mengadakan PRN lebih awal juga bergantung kepada Kerajaan Negeri kerana masih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. 
 
 “Masih banyak perkara yang harus dipertimbangkan iaitu termasuklah soal agihan kerusi serta kelulusan dari parlimen.” “Perkara yang paling penting, di pihak Barisan Nasional kita sudah bersedia dan yakin akan menang,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

SUMBER: sayangsabah.com
Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


TEMPATAN

[Tempatan][threecolumns]

ISU SEMASA

[Isu Semasa][bleft]

INSPIRASI

[Inspirasi][grids]

grids

MAIN TITLE

MAIN TITLE

MAIN TITLE