Jangan rosakkan perpaduan kaum di Sabah

Presiden Pertubuhan Graduan Suluk Sabah Abdul Najal Punjung (kiri) bersama Timbalan Presiden Pertubuhan Angkatan Bersatu Pewaris Sabah (PEWARSA) Kapten Dr. Zulfikar Zulkifli (kanan) ketika menunjukkan laporan polis. -Gambar Oleh Alex Mairin
 
KOTA KINABALU: “Jangan rosakkan perpaduan di negeri ini dengan memainkan isu sensitivi kaum.” Demikian ungkapan Presiden Pertubuhan Graduan Suluk Sabah Abdul Najal Punjung kepada media ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini. 
 
Menurut beliau, tindakan pertubuhan itu membuat laporan polis adalah kerana perbuatan seorang pengguna laman sosial Facebook yang memuat naik status facebook yang banyak menyentuh mengenai sensitiviti kaum terutamanya kaum bajau dan suluk. 
 
“Kita di Sabah terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya dan kita telah lama hidup dalam keadaan aman walaupun terdiri dari masyarakat majmuk.” “Jangan rosakkan perpaduan yang telah lama kita nikmati,”katanya. Tambah Abdul, beliau tidak mahu perbuatan individu berkenaan menyebabkan sengketa dan pecah belah.
 
“Kita mahu negeri tercinta ini diwariskan kepada anak cucu kita dalam keadaan aman dan bukan dipenuhi dengan hasad dengki,”katanya. Beliau turut menegaskan jika situasi berkenaan berulang pihak beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis serta dalam masa yang sama turut menyeru golongan muda agar membantu pihak berkuasa memantau perlakuan sedemikian. 
 
Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Angkatan Bersatu Pewaris Sabah (PEWARSA) Kapten Dr. Zulfikar Zulkifli berkata, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap segala tohmahan yang tidak sepatutnya dikeluarkan pihak yang tidak bertanggungjawab . 
 
“Kami menolak segala bentuk berita yang membawa kepada ketidahormanian kaum selain memuat naik status menghina kaum terutamanya bajau dan suluk.” “Kita tidak mahu perbuatan ini merosakkan keharmonian masyarakat Sabah yang unik dan kita mahu keamanan ini dapat diberikan kepada anak cucu kita pada masa hadapan, “katanya. Tambahnya lagi, PEWARSA yang kebanyakkkan anggotanya adalah golongan anak muada akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah
 
 
SUMBER: SAYANGSABAH.COM
Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


TEMPATAN

[Tempatan][threecolumns]

ISU SEMASA

[Isu Semasa][bleft]

INSPIRASI

[Inspirasi][grids]

grids

MAIN TITLE

MAIN TITLE

MAIN TITLE