200 Rumah Transit Bakal Dibina di Balung


TAWAU, 11 Mac : Kerajaan akan membina 200 rumah transit di Balung untuk penempatan sementara bagi mangsa-mangsa bencana termasuk kebakaran di Tawau baru-baru ini, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau yang juga Ketua UMNO Tawau berkata rumah transit itu yang dijangka siap pada tahun hadapan bakal memberi keselesaan tempat tinggal kepada mangsa sebelum mereka memiliki rumah sendiri.
 
 “Kita (kerajaan negeri) diberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina rumah transit tersebut, pada ketika ini proses sebut harga telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Tawau. “Projek ini memakan masa setahun untuk siap, ini bermakna menjelang tahun hadapan ia akan siap dan sedia untuk diduduki,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pejabat UMNO Tawau di sini hari Sabtu. 
 
Katanya tapak rumah transit itu telah dikenal pasti iaitu bersebelahan dengan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Sri Balung. Pada majlis itu, Tawfiq menyampaikan bantuan zakat daripada Pusat Zakat Sabah kepada 31 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Damai dan Lorong Habib Abd Rahman di Jalan Apas. — BERNAMA
Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


TEMPATAN

[Tempatan][threecolumns]

ISU SEMASA

[Isu Semasa][bleft]

INSPIRASI

[Inspirasi][grids]

grids

MAIN TITLE

MAIN TITLE

MAIN TITLE