Debat Dr Mahathir - Nazri 25 Mac ini
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
mengesahkan debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlangsung di
Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang pada 25 Mac ini.
Katanya, debat itu adalah mengenai isu berbangkit dalam negara.
Menurut Nazri, beliau tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.
"Perkembangan terbaru adalah, dia minta debat di Padang Rengas, saya
sudah sediakan dewan, pada 25 Mac, jam 3 petang di Dewan Milineum di
Padang Rengas.
"Saya akan hormatinya, tidak ada masalah, saya cuma mahu berdebat.
Itu juga kerana dia mencabar saya," katanya ketika ditemui di lobi
Parlimen, hari ini.
Menurut Nazri, beliau akan hadir pada tarikh berkenaan jika penganjuran debat itu berjalan lancar.
Mengulas debat itu, seorang pembantu Dr Mahathir berkata persiapan sedang dibuat untuk perbahasan yang akan diadakan di Padang Rengas, di mana bekas perdana menteri itu dijadual menghadiri satu majlis pada 25 Mac.
Katanya, Dr Mahathir juga teruja dengan debat itu.
Katanya, Dr Mahathir juga teruja dengan debat itu.
Nazri dan bekas perdana menteri itu terheret dalam satu pertikaman
lidah berikutan cabaran Nazri awal bulan ini kepada bekas perdana
menteri itu untuk melawannya di Padang Renggas dalam pilihan raya umum
akan datang.
Sebaliknya, Mahathir, yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU), membuat cabaran balas dengan menyarankan Nazri untuk
bertanding menentangnya di kerusi Parlimen Langkawi.
Ini mencetuskan spekulasi bahawa bekas perdana menteri yang berusia
91 tahun itu akan membuat kemunculan semula dalam politik selepas
meletak jawatan pada tahun 2003.
Sehari kemudian, Mahathir berkata, beliau tidak berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.
Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu mencadangkan agar diadakan debat berkenaan pelbagai isu termasuk 1MDB dan BMF.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya mencabar anggota
Parlimen Padang Rengas untuk bertanding di kerusi terbabit dan mahu
berbahas dengan Nazri di hapadan orang ramai.
Mengulas lanjut, Nazri berkata beliau menghormati Dr Mahathir dan mereka akan berdebat mengenai isu negara.
“Saya akan hormatinya, tidak ada masalah, saya cuma mahu berdebat.
“Itu juga kerana dia mencabar saya,” katanya.
SUMBER: Malaysiakini
Post A Comment
No comments :