Warisan persoal tawaran 60 peratus kerusi DUN
KOTA
KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mempersoalkan sama ada tawaran
agihan 60 peratus atau sekurang-kurangnya 36 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) kepada parti itu oleh Pakatan Harapan Sabah adalah
pendirian gabungan berkenaan atau DAP.
Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, berkata ini kerana tawaran itu yang turut menetapkan 40 peratus atau 15 kerusi Parlimen kepada Warisan diumumkan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Stephen Wong yang juga Pengerusi DAP negeri.
"Saya tertanya-tanya sama ada ia pendirian DAP atau Pakatan Harapan secara keseluruhan memandangkan kita belum nampak tawaran itu setakat ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wong pagi tadi yang mengumumkan tawaran 60 peratus kerusi DUN dan 40 peratus kerusi Parlimen kepada Warisan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Darell berkata, beliau secara peribadi menyifatkan perkara itu bukan sesuatu yang baik kepada blok pembangkang di Sabah, lebih-lebih lagi pemimpin Warisan belum melihat tawaran berkenaan.
"Kedua, bila bercakap mengenai rundingan kerusi, kita perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti personaliti pemimpin yang mengintai sesuatu kerusi, jentera parti dan aktiviti politik di lapangan selain penerimaan rakyat di kawasan terbabit sebelum membuat keputusan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, pemimpin Pakatan Harapan perlu memahami tujuan rundingan kerusi bukan saja untuk mendapatkan sebanyak mungkin kerusi, tetapi perlu ada perbincangan rasional berdasarkan pelbagai faktor sosial dan politik sebelum keputusan sebulat suara dibuat.
Terdahulu, beliau turut menyatakan rasa terkejut dengan tawaran disuarakan Wong yang diketahuinya menerusi laporan media hari ini.
"Saya mengandaikan tawaran itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan malam tadi dengan Pengarah Pilihan Raya mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Apa yang mengejutkan saya, kebiasaannya tawaran seperti itu perlu dibincang secara bersemuka antara Pakatan Harapan dan Warisan, bukan diumumkan secara terbuka sebelum sebarang tawaran rasmi dibuat melalui media.
"Lagipun tawaran itu hanya dibuat oleh Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah," katanya

Sumber : www.bharian.com.my
Post A Comment
No comments :