Pemuda Gabungan Sabah tubuhkan GEMA Sabah

Gabungan Muda Sabah (GEMA) yang ditubuhkan bersama oleh pemuda-pemuda dari 5 buah parti Gabungan Sabah (USA).

KOTA KINABALU - Pergerakan Pemuda 5 buah parti tubuhkan Gabungan Muda Sabah atau ringkasnya GEMA SABAH pada Jumaat lepas di White House Likas.

Ketuanya Jamain Sarudin dalam kenyataannya berkata, Gema Sabah akan menjadi platform penyatuan golongan muda yang serius dalam memperjuangkan hak-hak orang Sabah.

Gabungan Muda Sabah terdiri dari Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP), Pemuda Parti Cinta Sabah (PCS), Wiramuda Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR), Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Pemuda Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Menurut beliau lagi, selain beliau yang dipilih sebagai Pengerusi, barisan jawatankuasa Gema Sabah terdiri dari 5 orang Timbalan Pengerusi mewakili 5 Parti iaitu Hasmin Asroy Abdullah (PCS), Fedrine Tuliang (STAR), Ir. Jovilis Majami (Harapan), Sharif Suhaimi Sharif Miasin (PPRS), SAPP akan menamakan wakilnya kelak. Sementara Dr Brister Mokujal dilantik sebagai Setiausaha Gema Sabah.
Antara misi Gema Sabah ialah membina kekuatan dan menyelaras aktiviti dan gerakan Pemuda parti-parti di dalam Gabungan Sabah.

"Sudah tiba masanya, Pemuda yang menjadi pemimpin pelapis ini menyediakan pasukan bersama menghadapi Pilihanraya negeri yang dijangka awal"
Jelas beliau lagi Gema Sabah ini membuka peluang kepada aktivis muda untuk berganding bahu dan berusaha bersama ke arah membina masyarakat muda yang bukan sahaja berani tetapi berpengetahuan dan dinamik.

Gema Sabah juga bakal mengumumkan 5 forum di seluruh Sabah disamping menggalakkan ahli-ahli Pemudanya menghadiri dan menyokong aktiviti parti di dalam Gabungan diperingkat kawasan.
"Penyatuan ini penting, peristiwa semasa PRU13 yang menyaksikan pertembungan parti pembangkang tempatan tidak akan berulang di PRU14".

Jamain menyifatkan percaturan politik hari ini adalah berasaskan aspirasi rakyat dan bukannya politik belas dendam atau membawa nafsu untuk memiliki jawatan penting dalam kerajaan. Rakyat harus menjadi keutamaan dalam perjuangan melebihi kehendak peribadi, tambah beliau lagi.

Justeru beliau yang juga Ketua Pemuda SAPP melahirkan keyakinan, para pengundi akan memilih parti-parti yang bersatu dan bekerjasama berbanding parti yang berjuang bersendirian.

Beliau menyelar sikap pemimpin pembangkang yang tidak peka pada suasana semasa dan terus bermain dalam "bunker" (kawah pasir) yang hanya akan merugikan peluang pembangkang untuk menumpaskan BN dalam pilihanraya kelak.

"Politik 'bunker' hanya menyebabkan bola yang cuba dikaut keluar masuk balik ke dalam kawah, ini tidak akan mendatangkan kesan positif kepada rakyat yang mahukan perubahan menyeluruh, dan hanya bersifat sementara yang dipenuhi dengan retorik, ini harus berhenti" kata beliau lagi.

Bagaimanapun Gema Sabah berharap parti-parti lain akan memikirkan semula langkah mereka dan membuat keputusan bijak untuk menjalin kerjasama sebagai rakan strategik bagi membolehkan 1 lawan 1 menentang BN.

Sumber : Page facebook Rasmi Gabungan Muda Sabah (GEMA) 
www.facebook.com/GabunganMudaSabah
Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


TEMPATAN

[Tempatan][threecolumns]

ISU SEMASA

[Isu Semasa][bleft]

INSPIRASI

[Inspirasi][grids]

grids

MAIN TITLE

MAIN TITLE

MAIN TITLE