Isu yang dibangkitkan Junz Wong hanya satu serangan Politik
Junz Wong
SEMPORNA: Tindakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Junz Wong yang
sering mempersoalkan isu berkaitan kerajaan yang telah diselesaikan
atau dijelaskan semasa persidangan Dewan Undangn Negeri (DUN) dianggap
sebagai tindakan yang tidak relevan.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Semporna Datuk Ramlee Marhaban berkata,
tindakan itu dilihat sebagai satu tujuan untuk memburuk-burukkan dan
merendahkan kreadibiliti pemimpin-pemimpin UMNO dan juga Barisan
Nasional (BN).
Ramlee yang memberi jawapan balas kepada surat terbuka Junz Wong turut
menyatakan bahawa kesemua persoalan yang terkandung dalam surat
berkenaan berkaitan dengan pemberian projek air telah dijawab semasa
persidangan DUN pada 19 November tahun lepas.
Ramlee turut menjelaskan bahawa pemberian tender itu telah dibuat
mengikut prosedur yang sepatutnya dan perlantikan syarikat bagi Operasi
dan Penyelenggeraan, dibuat berikutan kekurangan tenaga kerja untuk
mengendalikan loji oleh pihak Jabatan Air Sabah untuk membekalkan air
kepada penduduk di kawasan yang terlibat.
“Kementerian Kewangan Sabah juga telah memberikan kerjasama sepenuhnya
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM) berhubung kes yang
melibatkan Pengarah Jabatan Air Sabah dan timbalannya.”
“Lebih 200 saksi juga akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung
kes berkeaan,”katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari
ini.
Tambah beliau, tiada penjelasan lanjut diperlukan untuk menjawab soalan
yang dibangkitkan oleh Junz Wong kerana isu yang dibangkitkan hanya satu
serangan politik.
“Saya percaya bahawa tindakannya adalah hanya untuk melemahkan
kreadibiliti pemimpin-pemimpin BN dan bukan untuk rakyat.”
“Jika dia mahu menegakkan kebenaran untuk rakyat, mengapa dia tidak
mempersoalkan projek yang dilaksanakan oleh Presiden Parti Warisan
Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal, yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW),” katanya.
Ramlee turut mendakwa, terdapat juga projek yang dilaksanakan oleh
Shafie dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat termasuklah
Projek-projek air di Sungai Intan, Semporna yang bernilai RM48 juta dan
bekalan tenaga elektrik solar tujuh buah pulau di Semporna bernilai RM94
juta tidak dilaksanakan dengan betul yang jelas menunjukkan pembaziran
wang awam dan perkara ini perlu disiasat oleh SPRM./SayangSabah
Sumber : SayangSabah
Post A Comment
No comments :